Fauvisme ( 1905 – 1907 )
Maksud Fauvisme
Fauvisme berasal daripada perkataan Fauve yang bererti binatang buas. Nama ini sindiran kritik yang menyampah melihat karya Matisse ( 1869 – 1954 ), Rouault ( 1871 – 1958 ) dan beberapa pelukis lain yang kebetulan tergantung dalam sebuah bilik yang sama, sewaktu pameran Paris Salon d’ Automne pada tahun 1905. Nama Fauve tersebut tidak berubah dan ianya kekal sehingga ke hari ini.

Henri Matisse ( Unknown )
Ciri – ciri karya Fauve
Ciri karya Fauve ialah warna-warnanya garang, sewenang-wenang, merah, pekat, kotor, rekabentuknya kucar-kacir, garis tidak berbentuk, figura bengut, satil mereka amat baru dan radikal, ingin bebas bereksperimen, cuba merakam pengalaman mereka dan bukannya merakam dunia sekeliling. Dalam artikel “Notes d’ un peintre,” dalam majalah La Grande revue, December 25,1908, Matisse menjelaskan bahawa dia membuat gubahan figura alam, benda satu ruang adalah untuk menyatakan sensasi matanya menghayati objek-objek sensasi, senang, susah, gembira, dan gundah. Jadi untuk tujuan itu, dia tidak perlu menggunakan persfektif dalam karyanya, iaitu perbezaan antara jauh dan dekat.
Pelukis Fauve juga tidak suka membuat komen-komen sosial tetapi sebaliknya lebih cenderung untuk meluahkan isi hati yang memberontak. Anggota kumpulan ini tidak mempunyai program seni sendiri atau ideology maka ianya berpecah pada tahun 1908.